Saturday, November 6, 2010

...::Strategi Menghadapi Cabaran::...

Hidup ini ibarat roda,,
Terkadang diatas dan kadang dibawah,,,
Kebahagiaan dan penderitaan adalah piala yang dipergilirkan kepada manusia,,
Namun tetap ada kaedah yang mengatur pergiliran itu, setiap orang akan bahagia dan berhak untuk bahagia jika mereka memenuhi syarat kebahagiaan. Sebaliknya siapa pun akan derita jika faktor-faktor untuk menuju penderitaan ada pada dirinya,,,,
Kebahagiaan dan penderitaan bukanlah nasib yang tidak bias dijelaskan. Hal penting bagi mereka yang kalah atau pun derita adalah menemukan penjelasan yang tepat mengapa bias terjadi penderitaan. Untuk itu diperlukan keberanian melihat kekhilafan diri sendiri. Bukannya melongok keluar dan memaki musuh…
Itu tidak penting. Yang lebih penting dan utama adalah menyedari kesilapan. Ini menjadi begitu penting kerana ia adalah cara untuk kembali bangkit menggapai kemenangan. Mustahil akan ada usaha dan upaya untuk bangkit jika kesedraran akan ketewasan itu tidak wujud di hati.
Menghadapi cabaran dan ujian tidak bisa dilalui tanpa adanya semangat yang kental. Tidak ada kemanisan yang diiringi dengan putus asa. Kebahagiaan dan penderitaan hanyalah salah satu putaran yang menjalankan sebuah fungsi bernama pilihan.
Kejatuhan,penderitaan,kesakitran,,,,ibarat laku perahan tebu untuk memisahakan antara manisan dan hampasnya. Pada masa inilah ujian itu hadir. Pahit kadang kala, tapi tetap harus dihadapi dengan redha dan sabar. Jangan sesekali pahit itu terus menjadi racun yang mematikan nadi perjuangan, kerana agama tidak pernah mengajar erti putus asa. Sebaliknya jadikanlah kesakitan dan kepahitan itu sebagai penawar bagi kita untuk kita menebak kesilapan yang pernah berlaku. Demi menggapai sebuah kejayaan dalam memartabatkan maruah dan darjat islam yang suci…..

No comments:

Post a Comment