Saturday, November 6, 2010

...::DARI MEJA EDITOR::...

Bismillahhirrahmanirrahim,,,,,
Mereka itu orang yang beriman yang jiwanya dibeli oleh Allah. Mereka adalah orang-oarang yang bertaubat memuji Allah, mengembara denai ilmu dan agama, rukuk, sujud, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah kemungkaran dan yang memlihara hokum-hukum Allah, dan bergembiralah orang-orang yang beriman,.
Assalamualiakum,,,
Selaut kesyukuran dipanjatkan pada Kekasih Hatiku,Yang Menciptakan aku, Yang meminjamkan nikmatNya padaku untuk aku terus menjalani kehidupan sebagai hambaNya. Selawat dan salam ditujukan buat junjungan besar dan mulia Nabi Muhammad s.a.w, kepada keluarganya serta sahabat-sahabat baginda s.a.w.
Salam rindu dan cinta buat umi dan abah yang kukasihi. Serta adik-adikku yang menceriakan hidupku, kalian adalah pengarang jantung hatiku sekian lama. Kalian juga sumber inspirasiku. Buat guru-guruku yang telah banyak menunjuk ajar kepadaku tentang ilmu-ilmu Allah, aku ucapkan tahniah dan terima kasih kerana mendidik aku,juga buat sahabat-sahabat yang kucintai fisabilillah, kalian penguat semangat aku,pencetus keazaman, dan penguat aspirasiku untuk terus berjuang menegakkan agama Allah di muka bumi ini.
Setelah lebih kurang setahun lebih aku mengorbankan waktuku di bumi UniSZA ini untuk mengorek berjuta ilmu Allah, pelbagai cabaran,ujian dan pelbagai kisah yang aku lalui, yang menampar kuat hatiku. Terkadang timbul rasa putus asa untuk terus berjuang tetapi Allah adalah sebagai sumber untuk aku bangkit kembali menjadi insan yang mencari cinta Allah dengan pelbagai cara,daya dan usaha.
Allah tujukan ujian ini adalah hanya untuk aku menjadi hambanya yang soleh. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Aku bersyukur kerana dari sentuhan ujian inilah aku dapat mempertingkatkan diriku keaarah kebaikan. Pelbagai hikmah dan kebahagian yang aku peroleh dari kisah-kisah yang aku lalui…. Alhamdulillah,,,,


No comments:

Post a Comment