Saturday, November 6, 2010

DEDIKASI BUAT MAHKOTA JIWAKU.....

Assalamualaikum,,,
Dedikasi buat sahabat yang disayangi,
Melentur cinta demi mengaut segunung ilmu dari mursyid-mursyid yang terkemuka, aku dipertemukan dengan seorang insan yang bergelar teman yang banyak mengubah prinsip hidupku, mengubah aku menuju kepada kebaikan. Aku bangga berdampingan dengannya. Aku anggap itu adalah satu anugerah yang amat besar bagiku. Terkadang aku terfikir, adakah Allah menghantar dia kepada ku untuk menjadi penunjuk arah kepadaku??? Timbul persoalan dalam benakku….
Dia tidak pernah merungut bila bersamaku, tidak pernah merengus walaupun aku telah banyak menyusahkan dia. Dia ku anggap seorang yang terbaik yang pernah aku jumpa. Alhamdulillah,,,,


Pernah suatu hari seseorang berpesan kepadaku,`sahabat kita adalah gambaran peribadi kita`. Subhanallah…aku berasa ta’jub sekali. ketika itu aku terfikir, adakah sahabatku ini adalah gambaran pada peribadiku??
Ya, dialah gambaran peribadiku…tapi layakkah aku bila digandingkan dengannya???layakkah aku?? Dia mempunyai cirri-ciri yang lengkap sebagai seorang mu’minah yang sejati,sedangkan aku????
Sahabat, bimbinglah aku saat aku lena dibuai asyik duniawi, saat aku terkulai layu dipukul ombak cabaran dan ujian, saat aku rebah tersungkur akibat ditampar dengan pujuk rayu cinta lelaki, saat aku lemah dan rebah akibat ujian-ujian Allah taala…bimbinglah aku….
Sahabatku,engkau ku ibaratkan sebagai bidadari pemberian dari langit, nyawaku bersatu dalam nafasmu, sedangkan nafasmu adalah nyawaku, jasad dan roh kita ditakdirkan bertaut,…
Temanku yang disayangi selalu, biar sejuta tahun kita bernafas kau tetap di hati mahkota di jiwaku kerana tanpamu, aku tidak mampu mengharungi cabaran dunia ini sendiri….
Sahabatku, terima kasih kerana menyayangiku dan menjadi mahkota jiwaku…..




No comments:

Post a Comment