Saturday, November 6, 2010

...::KALAM EDITOR::..

Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t….
Selaut kesyukuran kurafakkan istimewa buat Kekasih Hati, Ya Rabbul Izzati, yang telah menganugerahkan aku nikmat yang paling besar dan berharga iaitu nikmat iman dan islam. Selawat dan salam buat rasul junjungan nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda. Besarnya bumi Unisza ini besar lagi rinduku pada umi,abah dan adik-adik yang setia menjadi pengarang jantung hatiku. Juga murabbi-murabbi ku yang telah banyak menunjuk ajar tentang selok belok mengharungi ujian dunia. Pencetus semangatku,sahabat-sahabat yang tidak pernah kenal erti bosan untuk mendengar celoteh ku.
Hari ini aku hanya menghabiskan masa berada di hostel. Pelbagai aktiviti yang aku lakukan. Makan, study, buka blog, buka fb dan sebagainyalah. Dan insya Allah, esok awal-awal pagi aku akan keluar untuk ‘dating’ dengan temanku untuk membincangkan tentang satu perkara. Insya Allah. Doakan semoga dipermudahkan.
Setelah itu,insya Allah aku akan ke perpustakaan untuk study. Final exam dah semakin hampir, sangat berdebar-debar rasanya. Insya Allah, akan aku kekalkan prestasiku dalam senarai DEKAN pada semester ini. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment