Monday, November 8, 2010

..senarai DEKAN..'DEAN LIST'(DL)..

Assalamualaikum,,,
Selaut kesyukuran kupanjatkan pada Ilahi kerana masih lagi memberi peluang untuk aku meneruskan hidup di muka bumi ini, selawat dan salam buat rasul junjungan, sahabat baginda serta keluarga baginda.
Tersenarai sebagai penerima Anugerah Dekan adalah sesuatu yang amat menggembirakan hatiku. Bagi sesiapa sahaja yang mengalaminya, fahamlah bahawa terlalu gembira. Biarlah pada pandangan sesetengah pihak akan berkata: ‘alah, anugerah dekan je pun, bukan ape pun….’ tapi itu bagi orang yang tidak mengalaminya. Bayngkan kalau anda yang dapat????
Anugerah Dekan adalah sebagai hadiah ataupun sebagai pencetus semangat untuk kita terus semangat dalam mengejar kejayaan dunia lantas kejayaan akhirat juga akan kita peroleh. Insya Allah, yang penting niatkan lah ianya kerana Allah Taala. Moga-moga ilmu yang kita perolehi berkat dunia dan akhirat sekaligus menjadi pedinding hidup kita sebagai orang yang mulia di sisi masyarakat manusia dan disisi Allah taala. Dan berdoalah semoga dengan ini kita akan sentiasa mempraktikkan ilmu yang kita dapat dalam kehidupan seharian sebagai natijah dariapada usaha kita.
Anugerah Dekan inilah aku anggap sebagai hadiah yang besar untuk umi dan abah yang telah bersusah payah untuk kesempurnaan hidupku sehingga hari ini. Bagi mereka kejayaan aku adalah sebuah balasan yang amat besar. Aku gembira sekiranya aku dapat bahagiakan kedua orang tua ku kerana itu lah antara impianku. Ingin melihat umi dan abah sentiasa tersenyum dan bahagia. Ketika aku mengkhabarkan pada umi dan abah yang aku bakal beroleh scroll anugerah ini, mereka teramat gembira sehingga abah belanja makan kawan-kawan sepejabatnya kerana katanya terlalu gembira dengan kecemerlangan aku. Sangat melucukan. Tapi itulah, yang penting, doakan semoga dipermudahkan segalanya.
Semester ini?? Insya Allah akan aku usahakan untuk tingkatkan lagi usaha untuk kemenangan kerana aku selalu ingat pesan umi bahawa orang yang Berjaya akan selalu memanfaatkan waktu dan mempunyai cita-cita yang tinggi. Dan orang yang Berjaya juag akan melewati kegagalan tetapi dirinya tidak akan pernah menyesal akan kegagalan itu lantas dijadikan kegagalan itu sebagai sempadan untuk terus Berjaya.
Buat sahabat-sahabatku yang disayangi kerana Allah, terima kasih atas segala-galanya. Tanpa kalian tidak mungkin aku akn segagah ini kerana kalian lah peniup semangat keazamanku untuk kita terus sama-sama berjuang dalam menuntut ilmu Allah. Aku doakan semoga kita sama-sama berjaya mengorak langkah demi mencari sebuah kejayaan untuk kita teruskan perjuangan para nabi iaitu menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Sama-sama mencari kebenaran yang hakiki dan abadi demi mengaut kerahmatan dan keberkatan dari Rabbul Izzati.
Buat sahabat-sahabatku mahkota jiwaku,k.sumayyah,fairuz,k.massuria,mardiah,raidah dan atikah,,aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu. Semoga semester depan kita sama-sama mengorak jejak megah lagi ke pentas untuk menerima anugerah ini.
Juga buat kakakku, kak Ainaa Mardiah bt Noor Zaini, aku doakan agar kamu sentiasa bahagia walaupun amat jarang bersua tapi engkau sentiasa berada dalam tempat yang istimewa dalam hatiku. Aku doakan juga semoga kak Ainaa cepat-cepat sembuh sebab nanti kita nak pergi makan kat Kopitiam Pak Wan.hihihihi. aku bahagia bersamamu, kak Ainaa. Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidupku, kerana sudi menjadi penyeri hidupku di kampus walaupun pelbagai dugaan yang datang menguji keutuhan sebuah ikatan persahabatan. Tapi yakinlah wahai sahabat-sahabatku, janji Allah itu pasti. Dia menguji hanya kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
Buat sahabat-sahabat yang disayangi, tidak kira sekuntum bunga itu harum ataupun tidak, tumbuhnya hanya tetap di tanah. Begitu juga bulan, tidak kira apa bentuknya, tempatnya hanya di langit. Dan begitu juga hubungan kita, tidak kira jauh atau dekat, jumpa atau tidak, tempatnya hanya dalam hati. Sesungguhnya nilai persahabatan kita lebih bermakna dari segala-galanya. Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment