Sunday, November 7, 2010

...::DI DUNIA ADA SYURGA::...


DI DUNIA ADA SYURGA
Tuhanku,,,,,bersamaMu tidak akan ada jalan buntu,,,
denganMu Tuhan, berat terasa ringan,
denganMu Tuhan, aku punya harapan,
engkau yang memungkinkan kemustahilan
dan engkau jua lah yang menciptakan keajaiban,,,
Tuhanku…..bersamamu tidak akan ada jalan buntu….
denganMu tuhan, aku menemui hakikat sebenarnya cinta,
hakikat sebenarnya rindu,
hakikat sebenarnya kasih dan sayang,
dan hakikat sebenarnya erti kehidupanku,,,,,
Tuhanku,,,,bersamaMu tidak akan ada jalan buntu…
denganMu tuhan, musibah terasa manis,
ujian terasa indah,
onak dan duri kehidupan terasa asyik
denganmu tuhan, segala-galanya jadi indah,,,,
kerana hanya Engkaulah pemilik jasadku yang hakiki,
dan hanya engkaulah pemilik cintaku yang sejati….
Dan hanya dengaMu sahajalah aku seolah terasa,,,,,
DI DUNIA ADA SYURGA,,,,,,

No comments:

Post a Comment